Kelas Ict – Microsoft Words (Aras 2)

15 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu, 14 Ogos 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengadakan Kelas ICT Microsoft Word Aras 2 iaitu memberi penekanan kepada penggunaan jadual dalam menyampaikan maklumat. Kelas tersebut telah berlansung dari pukul 9:00 pagi hingga 1130 pagi yang disertai oleh seorang peserta. Peserta diajar untuk mempelajari cara untuk memasukkan dan memadam data, baris dan lajur ke dalam jadual tersebut.

Seterusnya, peserta diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam kelas berdasarkan kepada contoh-jontoh yang telah dijelaskan sepanjang di dalam kelas. Peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar didalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar.

Selain itu, kami berkongsikan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali